Wanita lalok dadah gigit kemaluan kekasih - Dunia | mStar

Wanita lalok dadah gigit kemaluan kekasih

Gambar hiasan.

GARA-gara sedang khayal akibat pengaruh dadah, seorang wanita bertindak menggigit kemaluan kekasihnya semasa mereka sedang melakukan hubungan seks.

Polis memaklumkan mereka telah dihubungi seorang lelaki yang mendakwa wanita tersebut cuba menggigit kemaluannya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian di Hanahan, sebuah bandar yang terletak kira-kira 15 batu dari utara Charleston, Carolina Selatan, Amerika Syarika (AS), mereka menyaksikan adegan seolah-olah seperti filem 'seram'.

Polis berkata wanita tersebut dalam keadaan berbogel, merangkak di atas lantai dan berlumuran darah.

Wanita tersebut enggan menyerah diri dan memaksa polis menggunakan stun gun.

"Sejujurnya ia mengingatkan saya dengan sesuatu yang anda dapat lihat dalam aksi filem ngeri," kata jurucakap polis.

Wanita dan lelaki yang mendakwa diserang kekasihnya itu dibawa ke hospital dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam Isnin lalu.

Keadaan lelaki tersebut tidak dapat dipastikan dan tiada pertuduhan difailkan.

Difahamkan semasa kejadian, wanita tersebut melakukan hubungan seks dengan dua orang lelaki.

Seorang lagi lelaki dilaporkan tidak dicederakan. - Metro.co.uk

dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain