suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nyaris disedut enjin pesawat selepas buka pintu kecemasan

Penumpang yang bertindak membuka pintu kecemasan dikatakan 'sakit'.

SEORANG penumpang nyaris disedut ke dalam enjin sebuah pesawat selepas dia membuka pintu kecemasan kerana terdesak untuk keluar.

Dia membuat keputusan secara mendadak itu pada pintu pesawat Frontier Airlines yang ketika itu berada di landasan di Cancun, Mexico.

Tindakan pemuda tersebut kemudian cuba dihalang oleh penumpang dan kru apabila gelongsor kecemasan secara tiba-tiba terkeluar dari pintu pesawat.

Rakaman video menunjukkan insiden itu berlaku pada sebuah pesawat yang sedang membuat pelepasan ke St Louis, Missouri di Amerika Syarikat.

Dipercayai penumpang berkenaan 'sakit' dan terdesak untuk keluar dari pesawat.

Polis dilaporkan tiba dan mengiring penumpang berkenaan keluar dari pesawat, sebelum membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, ibu suspek yang tidak berada di dalam pesawat mendakwa punca kejadian disebabkan anaknya di luar kawalan.

Dia percaya anak lelakinya mungkin mengambil minuman keras yang dicampurkan dengan dadah.

Syarikat penerbangan Frontier Airlines mengesahkan kepada Fox8 bahawa pesawat itu ditundakan penerbangan dan para penumpang diterbangkan menerusi penerbangan lain, dan sebahagian lagi terpaksa bermalam sebelum meneruskan penerbangan. - Mirror Online

pesawat

Artikel Sebelum

Artikel Lain