suria

Tanggung masalah kesuburan bersama, akhirnya lahir anak pun pada hari sama, di hospital sama!

Paparan skrin video kisah kelahiran pasangan kembar menakjubkan. -InsideEdition

DUA ibu pasangan adik-beradik kembar telah melahirkan bayi lelaki masing-masing di hospital yang sama pada hari yang sama!

Saat-saat pasangan kembar ini disahkan hamil juga sangat menakjubkan kerana kedua-dua mereka, Jalynne Crawford dan Janelle Leopoldo, 30, sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan.

Crawford terlebih dahulu mendapat tahu dirinya hamil dan beberapa hari kemudian, Leopoldo pula mendedahkan kepada kakaknya bahawa dia juga disahkan mengandung.

"Saya sangat gembira, saya mula rasa nak menangis apabila mengetahuinya," kata Crawford.

Sejak itu, Leopaldo akan terbang dari California, tempat dia tinggal, ke Arizona untuk menghadiri temujanji dengan doktor bersama kakaknya.

Ketika tinggal enam minggu dari tarikh jangkaan bersalin, dia berpindah ke Arizona.

"Sangat istimewa apabila kami dapat bersama di sana kerana kami adalah satu sistem yang saling menyokong, kami melekat pada pinggul," kata Leopoldo.

Kedua-duanya melahirkan anak lelaki pada 18 Jun, dengan Crawford bersalin pada waktu pagi diikuti Leopoldo beberapa jam kemudian.

Mereka juga diberikan bilik pemulihan sebelah-menyebelah.

Sekarang, ikatan luar biasa pasangan kembar itu diturunkan kepada anak lelaki mereka, Bryce dan Jayce. -InsideEdition

kembar, mandul, bersalin

Artikel Lain