suria

Sanggup tikam budak lelaki sampai mati selepas anak beritahu matanya dicederakan

HUTANG darah dibayar darah.

Ketika seorang lelaki berusia 36 tahun dimaklumkan oleh anaknya yang dia telah dicederakan di bahagian mata oleh rakan sekelas, bapa tersebut nekad untuk balas dendam.

Seorang bapa membawa pisau buah dan mencari budak lelaki berusia 10 tahun di
sekolah rendah di Zhejiang, China pada 21 September lalu.

Seketika kemudian, budak lelaki itu dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Badan mangsa mempunyai beberapa kesan tikaman dan diselar di bahagian leher.

Mangsa maut tiga jam kemudian selepas dia dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan media China, ibu bapa kedua-dua kanak-kanak itu sudah bersetuju bahawa budak lelaki tersebut akan memohon maaf kepada anak suspek kerana mencederakannya ketika bertengkar.

Polis tiba di tempat kejadian dan menjumpai suspek sedang menghisap rokok dengan mangsa berlumuran darah dan senjata yang digunakan berdekatan dengannya.

Polis tempatan berkata, kecederaan yang dialami oleh anak suspek tidak serius dan tidak menjejaskan kedatangannya ke sekolah.

"Saya berharap agar pembunuh akan mendapat hukuman yang setimpal.

"Anak saya telah mati dalam keadaan yang sia-sia", kata bapa mangsa.

Serangan itu mengejutkan semua pihak dan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut. - Asia One

tikam

Artikel Lain