suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Bayi ajaib’ selamat selepas disengat kala jengking paling bahaya

Gambar daripada Caters News Agency

SEORANG bayi berusia tiga hari terselamat selepas disengat oleh kala jengking kuning apabila haiwan berbisa itu didapati bersembunyi di dalam salah satu lampin pakai buang bayi tersebut.

Ibu kepada bayi malang itu, Fernanda Ferreira hanya menyedari tentang perkara tersebut apabila bayinya lemah secara tiba-tiba dan buih mula keluar daripada mulutnya.

Ferreira bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi bayinya.
Setibanya di hospital, doktor menemui kala jengking tersebut di dalam lampin dan masih tersekat di tali pusat bayi berkenaan serta dipercayai telah menyengat bayi itu sebanyak tujuh kali.

"Keadaan Sofia sangat lemah ketika itu. Dia tidak mahu menyusu dan sukar untuk bernafas.

"Saya tidak tahu bahawa ada kala jengking di dalam lampinnya," kata Ferreira.

Pakar pediatrik yang menjaga Sofia ketika itu terkejut apablila menemui kala jengking yang masih hidup di tali pusatnya.

Ferreria mengesyaki kala jengking tersebut merangkak masuk melalui longkang di dalam bilik air rumahnya dan memanjat ke almari tempat lampin bayinya itu disimpan.

"Saya dan suami menangis kerana kami yakin anak kami akan mati," kata Ferreria.

Kala jengking kuning merupakan jenis spesies yang paling bahaya di Brazil dan telah mengakibatkan 184 kematian di Amerika Selatan pada 2017. - Daily Mail

kala jengking

Artikel Lain