suria

Layanan kejam pemilik pusat perlindungan, tiga kanak-kanak mati serangan seksual

PEMILIK sebuah pusat perlindungan didakwa melakukan penderaan seksual sehingga menyebabkan beberapa penghuni meninggal dunia.

Pemilik berusia 70 tahun merupakan bekas seorang askar menubuhkan pusat perlindungan di Bhopal itu sejak 1995 telah ditahan polis.

Ia susulan selepas tiga penghuni yang merupakan tiga kanak-kanak lelaki dan dua perempuan membuat aduan di bahagian kebajikan sosial sebelum melaporkannya kepada polis.

Mereka memberitahu bahawa terdapat kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas serangan seksual berpanjangan manakala seorang lagi yang mati kerana dipercayai kepala dihentak ke dinding. Seorang lagi maut kerana kesejukan selepas diarah berada di luar pusat sepanjang malam.

Seramai 42 orang penghuni lelaki dan 58 perempuan tinggal di pusat perlindungan itu sejak 2003.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh 10 tahun, hanya empat guru sebagai warden bekerja di situ bukan sepenuh masa.

"Beberapa orang pelajar (mempunyai masalah pendengaran dan percakapan) hadir ke pejabat dengan jurubahasa. Mereka memberi kami surat mengenai serangan seksual dan fizikal oleh pemilik hostel itu.

"Kami akan menyerahkan kepada pegawai polis untuk tindakan selanjutnya," jelas Pengarah Bahagian Kebajikan Sosial Krisna Mohan.-NDTV

Artikel Lain