suria

Bapa Meghan diugut bunuh gara-gara lindungi kawan baik

Markle (kiri) bersama kawan baik, Davis serta anak perempuan Jocelyn.

BAPA Meghan Markle menerima ugutan bunuh daripada bekas teman lelaki kawan baiknya.

Thomas Markle,74, menjadi subjek utama pelbagai ugutan daripad Jose Sandoval yang merupakan bekas teman lelaki kawan baik perempuannya.

Sandoval sebelum ini dituduh membuat kempen untuk menyerang Lori Davis,38, dan anak perempuan yang berusia 11 tahun Jocelyn.

Sandoval pernah dipenjara 30 bulan di Amerika Syarikat kerana memasuki negara itu secara haram dan dibebaskan pada tahun 2000.

Minggu lalu, Sandoval dilihat memandu di kawasan rumah Markle di Rosarito Beach, Mexico dan menjerit: "Aku akan bunuh kau,..."

Bagaimana pun Sandoval menafikan tuduhan itu.

Jose Sandoval

Tuduhan tersebut termasuk laporan yang difailkan oleh Davis yang mendakwa Sandoval merosakkan tayar Markle sebagai salah satu daripada serangan 'gila'.

"Dia menarik saya di bahagian leher dan memulas, mencekik dan saya mempunyai gambar serangan ini.

"Dia menampar saya di bahagian muka...dia pergi ke rumah pak cik (merujuk kepada Markle) dan mengugut akan membunuhnya dan memalukannya kerana sentiasa melindungi saya," tulis Davis dalam laporannya kepada polis.

David berkenalan dengan Markle apabila tinggal di kawasan yang sama.

Dia sebelum ini dituduh sebagai teman wanita Markle apabila gambar mereka bersama di sebuah restoran Itali tersebar.

Namun Davis menegaskan bahawa tidak ada apa-apa hubungan dengan Markle dan menganggap sebagai seorang kawan yang sentiasa membantunya.

"Anak saya memanggilnya pak cik. Dia seorang lelaki yang baik. Bekas teman lelaki saya gila. Dia beberapa kali mengugut bunuh ke atas saya dan anak serta Tom," jelasnya kepada The Mail.

Thomas Markle

Artikel Berikut

Artikel Lain