suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu, bayi antara korban awal Taufan Florence

WILMINGTON: Angka korban Taufan Florence meningkat kepada lima termasuk seorang ibu dan bayi  akibat dihempap pokok tumbang di wilayah Carolina.

Ketika ini, kelajuan taufan itu dicatat sekitar 65km/sejam.

Bencana itu juga menyebabkan ratusan penduduk dilaporkan terperangkap.

Ribut kuat dan hujan berterusan juga menyebabkan air sungai naik mendadak di bandar New Bern, Carolina Utara.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), Florence mula menjadi ribut tropika kira-kira pukul 5 petang Jumaat.

Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran bahawa bahaya itu masih belum berakhir.

“Kami menjangka hujan akan berterusan selama beberapa hari lagi,” kata Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper.

Lebih 680,000 pengguna di Carolina Utara terputus bekalan elektrik manakala 21,000 lagi ditempatkan di 157 pusat perlindungan di seluruh negeri.

Rumah Putih berkata, Presiden Donald Trump akan melawat kawasan yang dilanda taufan minggu depan sebaik lawatan itu disahkan tidak akan mengganggu sebarang usaha menyelamat atau pemulihan. - AFP
Florence, Carolina

Artikel Lain