suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja lelaki bunuh diri selepas gagal selamatkan kekasih dirogol

REMAJA berusia 19 tahun membunuh diri selepas dipaksa menyaksikan teman wanitanya dirogol dua lelaki dalam satu kejadian di Chhattisgarh, Korba awal bulan ini.

Remaja itu bertindak demikian kerana trauma dan rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan teman wanitanya.

Sebelum kejadian, remaja dikenali sebagai Sawan Sai itu dan teman wanitanya berusia 17 tahun sedang berada di kawasan sekolah pada petang 1 September.

Sawan bertindak membunuh diri keesokan harinya selepas mengetahui tertuduh telah memberitahu insiden itu kepada beberapa orang kampung.

"Ketika sedang menyiasat punca Sawan membunuh diri, polis dimaklumkan dengan kedatangan teman wanita mangsa.

"Gadis yang masih di bawah umur itu menceritakan kejadian sebenar," kata penyiasat polis Katghora, Sandeep Mittal.

Kata Mittal lagi, tertuduh turut membelasah Sawan dan melarikan telefon bimbitnya.

Susulan itu katanya, polis telah menahan dua pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Ishwar Das dan Khem Kanwar dan dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta Perlindungan Kanak-Kanak (Posco). -NDTV

Bunuh diri, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain