Padah tak kenal bos, dua anggota polis digantung kerja - Dunia | mStar

Padah tak kenal bos, dua anggota polis digantung kerja

NEW DELHI: Dua pegawai polis di Noida digantung kerja kerana didakwa mengabaikan kod etika berpakaian ketika menahan sebuah kenderaan yang membawa ketua polis Uttar Pradesh dalam sekatan jalan raya.

Dalam kejadian pada Rabu, Ketua Pengarah Polis (DGP) OP Singh dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di bandar raya ini.

OP Singh

Difahamkan, ketika kenderaan itu ditahan, inspektor dan konstabel terbabit dari Balai Polis Sektor 39 tidak menunjukkan sikap yang baik semasa menjalankan tugas.

"Mereka sangat santai dan tidak memakai topi semasa menjalankan tugas.

"Lebih serius mereka tidak mengenali individu berada di dalam kereta yang ditahan," kata Penguasa Kanan Polis, Ajay Pal Sharma.

Tambah Sharma, susulan itu, kedua-dua anggota terlibat dikenakan tindakan digantung tugas.

Bagaimanapun, jelasnya, tindakan gantung kerja itu disebabkan masalah disiplin dan bukannya berpunca dari masalah lain.

"Dua pegawai itu pada mulanya bertengkar dengan OP Singh. Hanya selepas beliau memperkenalkan diri baru mereka sedar individu yang ditahan itu sebenarnya ketua polis Uttar Pradesh," katanya. - NDTV

OP Singh , Uttar Pradesh

Lebih Artikel

Kedah kekal di persada Liga Super

PFA gantung jawatan presiden