suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajakan bersiar-siar bawa padah, remaja diculik sebelum dirogol bergilir-gilir

MAKASSAR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diculik dan dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan lelaki selama 14 hari di Enrekang, Sulawesi Selatan.

Salah seorang pelaku adalah remaja dibawah umur.

Menurut Ketua Polis Enrekang, Ibrahim Aji, mangsa berasal dari daerah Kalosi, kecamatan Alla.

Setakat ini katanya, lima suspek telah ditahan polis.

"Selepas disoal siasat, semua pelaku mengaku merogol mangsa," ujarnya.

Kata Ibrahim lagi, mangsa pada mulanya diajak bersiar-siar oleh seorang daripada pelaku sempena cuti hari raya korban pada 14 Ogos lalu.

Kes terbongkar selepas kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis.

“Di sebuah rumah kosong di hutan, pelaku pertama ini memperkosa mangsa selama dua hari.

"Mangsa diancam akan ditinggalkan di hutan jika tidak mengikuti kemahuan pelaku,” katanya.

Selepas dua hari meratah mangsa, pelaku pertama kemudian menghubungi rakannya yang lain.

Menurut Ibrahim, polis kini sedang giat memburu baki suspek dan berjanji kepada keluarga mangsa semua suspek akan dibawa ke muka pengadilan. - iNEWS

 
rogol, Kalosi

Artikel Berikut

Artikel Lain