suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imam dipecat akibat desak batal pengharaman tudung

ASHKENT: Lembaga Muslim Uzbekistan yang rapat dengan kerajaan bertindak memecat imam masjid Omina di Tashkent, Fazliddin Parpiyev gara-gara kelantangannya mendesak supaya pengharaman tudung ditarik balik.

Bulan lalu, Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev mengeluarkan arahan melarang pelajar perempuan daripada memakai tudung di sekolah.

Tindakan itu mencetuskan kritikan di media sosial yang diketuai Fazliddin.

Minggu lalu, Fazliddin, 32, memuat naik video di Facebook dengan berkata, walaupun beberapa perubahan dilakukan, orang Islam masih ditekan dengan isu tudung serta janggut dan beliau menggesa Shavkat membantu mengekalkan kebebasan mengikut hati nurani.

Susulan itu, beberapa ulama menggesanya menarik balik kenyataan itu.

“Saya tidak menyesal dengan ucapan saya dalam video itu," katanya.

Shavkat yang mula berkuasa pada 2016 melonggarkan sekatan terhadap kebebasan beragama dalam sebahagian kempen ekonomi liberal dan perubahan politik di negara itu.

Uzbekistan adalah sebuah negara republik bekas Kesatuan Soviet yang mempunyai 32 juta penduduk, majoritinya beragama Islam.

Bagaimanapun, kerajaannya tidak menamatkan larangan terhadap simbol dan pakaian keagamaan. - Agensi

Omina, Fazliddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain