suria

Komen tak sengaja bapa di Facebook buat anak malu

SEORANG wanita buntu selepas bapanya secara tidak sengaja meninggalkan pesanan di ruangan komen Facebook miliknya.

Pada mulanya wanita itu tidak menyedari komen yang dihantar bapanya itu kerana telah dipadam, namun dia menerima notifikasi daripada nama bapanya.

Dia terkejut dengan komen yang dianggap biadap.

Wanita itu percaya bapanya secara tidak sengaja menyalin dan menampal di ruangan komennya yang berkaitan alamat laman lucah.

Dia kemudian berkongsi perasaannya itu di laman Netmums.

"Awal hari ini saya memuat naik staus di FB, tidak lama kemudian saya menerima notifikasi daripada bapa, jadi saya terus membukanya.

"Komen yang dibuat sangat mengejutkan, saya terus membacanya dan menutup aplikasi itu.

"Saya yakin bapa saya tidak senagaja. Perasaan sedikit kekok. Saya akan berjumpa dengannya minggu dengan, dan terasa sedikit malu. Tak pasti yang yang perlu dibuat," jelasnya.

Kantoi, lucah

Artikel Lain