suria

Ratu Cantik Universe Chelsi Smith meninggal dunia

Chelsi Smith (kiri) sewaktu dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe 1995. Foto Getty/Mirror Online

PEMENANG pertandingan Ratu Cantik Universe 1995 meninggal dunia pada usia 45 tahun.

Seorang jurucakap keluarganya berkata, Chelsi Smith meninggal dunia pada Sabtu.

Tambah jurucakap itu, Smithn didiagnos menghidap kanser hati pada musim bunga 2017.

Smith memulakan kerjaya sebagai ratu cantik pada 1994 selepas dimahkotakan Ratu Galveston County.

Beliau kemudian memperoleh kemenangan sebagai Ratu Cantik Texas dan Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) pada tahun berikutnya. - Mirror Online UK


Chelsi Smith

Artikel Lain