suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beli beg mewah, tapi terima botol air!

KHON KAEN: Seorang wanita yang membeli beg mewah secara dalam talian terkejut apabila tidak menerima barangan yang ditempahnya.

Sebaliknya, bungkusan yang diterimanya mengandungi dua botol air minuman.

Susulan itu, Panhathai Lertsin-udom mengambil bukti tempahannya iaitu resit transaksi dalam talian, butir-butir perbualan dengan penjual dan satu video sebelum membuat laporan di Balai Polis Muang terhadap penjual menggunakan akaun B.PROMOTE Line.

Kata mangsa, dia menempah beg tangan terpakai jenama Celine pada Selasa lalu selepas gambar produk itu disiarkan di Instagram penjual.

Sebaik menempah, dia membayar 37,000 baht (RM4,673)  selepas mendapat diskaun 3,000 baht (RM378) dengan membuat pindahan wang ke nombor akaun penjual pada hari sama.

"Saya buat pindahan wang dengan cepat kerana tahu ramai orang mahu beli produk berjemana," katanya sambil menambah dia dimaklumkan barangan yang ditempah akan dihantar ke alamatnya.

Penjual juga memberi kod bungkusan ejen penghantar surat.

Bagaimanapun, sehari selepas itu mangsa mengesyaki ada sesuatu tidak kena kerana tidak dapat menghubungi penjual, manakala akaunnya dibekukan.

Apabila memeriksa dengan firma penghantar surat, dia diberitahu barangan tempahan itu dalam perjalanan dari Chiang Mai.

Bagaimanapun, apabila bungkusan sampai, bungkusan yang diterima mengandungi dua botol air Kung Fu Panda. - BangkokPost
Kung Fu Panda, Muang, B.PROMOTE

Artikel Lain