suria

Parts Unknown menang lagi, Anthony Bourdain 'gengam' Emmy kali ke-5

Bourdain bersama anugerah Emmy yang dimenanginya untuk program Parts Unknown pada 2015.

LOS ANGELES: Chef selebriti Amerika Syarikat, Anthony Bourdain, yang ditemui maut Jun lalu  memperoleh Anugerah Emmy kelima bagi rancangan makanan dan melancong popular terbitan CNN yang dihoskannya, ‘Parts Unknown’.

Bourdain, dianugerahkan Emmy, penghormatan tertinggi industri, bagi penulisan cemerlang program bukan fiksyen untuk episod siri di selatan Itali yang disiarkan November lalu pada musim ke-10 rancangan berkenaan.

Anugerah itu diumumkan pada malam kedua Seni Kreatif Emmy, yang meliputi kategori pertengahan dan teknikal dan diberikan terlebih dahulu menjelang anugerah utama pada 17 September ini.

Bourdain, sebelum ini menang anugerah Emmy empat tahun berturut-turut, dari 2013 hingga 2016, sebagai penerbit dan hos ‘Part Unknown’ dalam kategori siri maklumat cemerlang atau khas.

Siri berkenaan, yang memaparkan Bourdain menikmati hidangan tempatan dan budaya destinasi seluruh dunia, membolehkan beliau menerima Anugerah Peabody berprestij pada 2014.

Bourdain, yang memulakan kerjaya sebagai pencuci pinggan di restoran di New York sebelum menjadi chef televisyen terkenal pernah berkongsi hidangan di Vietnam bersama bekas Presiden Barack Obama.

Selebriti berusia 61 tahun ini meninggal dunia pada 8 Jun lalu.

Beliau ditemui tergantung dalam bilik hotelnya di Strasbourg, Perancis, lokasi beliau menjalani rakaman episod rancangannya musim ke-11. -Reuters




Bourdain, Emmy, Parts Unknown

Artikel Lain