suria

Puteri Eugenie mahu ‘lawan’ majlis kahwin Putera Harry, Meghan

PERKAHWINAN Puteri Eugenie mencetuskan kemarahan rakyat Britain selepas didakwa majlis itu akan menjadi lebih mewah daripada perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

Puteri itu dan tunangnya Jack Brooksbank menjemput lebih ramai tetamu ke Gereja St George di Windsor daripada jumlah yang boleh ditampung oleh gereja berkenaan.

Turut didedahkan bahawa Puteri Eugenie akan menggunakan khidmat perunding majlis yang mahal bagi membantunya menguruskan acara perkahwinan itu nanti.

David Bekcham dikatakan pernah menggunakan khidmat perunding majlis yang sama ketika membina mahligai perkahwinan dengan Victoria.

Pasangan diraja itu menjemput seramai 850 tetamu ke majlis mereka iaitu lebih 50 daripada tempat duduk yang disediakan oleh gereja tersebut.

Sebagai perbandingan, Harry dan Meghan hanya menjemput seramai 600 tetamu ke majlis perkahwinan mereka yang turut diadakan di lokasi sama pada Mei lalu.

Perkahwinan mereka dikritik secara meluas kerana kos yang tepaksa ditanggung oleh pembayar cukai termasuk kawalan keselamatan tambahan di Windsor.

Istana Windsor. - Getty Images

Ahli Parlimen Derby North, Chris Williamson berkata: "Lagipun, siapa yang pernah dengar nama Puteri Eugenie?

"Dia tidak menggalas tugas diraja, tiada fungsi yang berguna kepada rakyata dan kita pula yang kena bayar.

Seorang sumber berkata: "Majlis itu sendiri akan diadakan secara besar-besaran dan mereka berharap tetamu yang dijemput tidak hadir kerana isu kapasiti (gereja)."

Mereka juga ingin tetamu selebriti yang hadir pada majlis itu nanti menandingi tetamu-tetamu Harry.

Antara tetamu yang dijemput ialah George dan Amal Clooney, keluarga Beckham, Robbie dan Ayda Williams serta Tracey Emin.

Eugenie telah melantik perunding majlis selebriti, Peregrine Armstrong-Jones yang menguruskan majlis resepsi Posh dan Becks di Istana Luttrellstown dekat Dublin pada 1999 untuk mengendalikan majlisnya.

Majlis perkahwinan itu menjadi kontroversi kerana Eugenie merupakan pewaris kesembilan takhta Britain.

Perancangan puteri itu untuk menaiki kenderaan berkuda di sekitar Istana Windsor akan melibatkan kos kawalan keselamatan yang dianggarkan bernilai £2 juta (RM10.7 juta) telag menyebabkan pembayar cukai berang kerana ia tidak boleh diterima akal.

Bagaimanapun, Ratu Elizabeth dan Duke of York akan membiayai tiga lagi pesta perkahwinan pasangan itu menggunakan dana mereka sendiri. - Mirror UK

Artikel Lain