suria

Bekas pelarian juga graduan aeroangkasa sanggup berpanas di luar stesen kereta api, pegang plakad cari kerja

Seorang pemuda berusia 22 tahun berdiri memegang sepanduk di luar stesen Canary Wharf untuk mencari kerja. Foto Mary Engleheart

SEORANG bekas pelarian bertindak sanggup berdiri di luar stesen kereta api bawah tanah Canary Wharf di London, sambil memegang plakad untuk mencari kerja.

Mohammed Elbarkey, 22, mula bekerja di Milamber Ventures yang merupakanh sebuah pakar perniagaan inkubator di Marylebone pada Isnin lalu.

Sekeping gambar menunjukkan graduan kejuteraan aeroangkasa berdiri di luar stesen Canary Wharf tular.

Tindakan tersebut memberi peluang kepada anak muda itu mengadakan antara 15 dan 20 perjumpaan dengan pakar pengambilan pekerja.

"Saya berjumpa antara 15 hingga 20 (wakil) syarikat, sama ada menawarkan nasihat, bimbingan atau cuba untuk meyakinkan saya memohon program graduan mereka termasuk cuba membantu saya menyertai pasukan mereka.

"Terdapat barisan syarikat yang bari daripada syarikat yang baharu sehingga bank dan perunding yang berprestij," katanya.

Elbarkey ditawarkan bekerja selepas beberapa siri temuduga dengan Milamber.

"Saya dipanggil untuk temuduga menerusi telefon hanya untuk melihat sama ada saya mempunyai semangat untuk melakukan dengan baik. 

"Kemudian saya hadir untuk satu lagi temuduga bersama barisan lembaga pengarah di pejabat mereka. Saya rasa saya dapat atasinya dengan baik," katanya.

Pada sesi temuduga yang ketiga, Elbarkey ditawarkan satu jawatan di syarikat berkenaan.

Ketua Kewangan Kumpulan syarikat itu, James Drace-Francis menerusi tulisannya di Twitter berkata: "Sukacita dimaklumkan selepas beberapa temuduga, Mohamed... anda diambil bekerja!

"(Mohamed) merupakan salah seorang yang amat bagus semasa temuduga menerusi telefon dan di pejabat, 'resume' yang mengagumkan dan kesemuanya mengenai kepakaran penting, tidak dilupakan ia bersesuaian dengan keperluan kita."

Elbarkey berkata, jawatan yang ditawarkan itu begitu diingininya.

Tambahnya: "Saya mahu sesuatu yang maksudnya saya dapat bekerja dengan mereka yang berpengalaman dan saya dapat mempelajari sesuatu."

Elbarkey tiba di United Kingdom (UK) bersama keluarganya dari Libya sebagai pelarian, dan dia menamatkan pengajian dalam bidang kejuteraan aeroangkasa dari Universiti Southampton, England.

Malah, dia baru menamatkan pengajian Sarjana Kejuteraan Angkasa dari UCL.

Pemuda itu sebelum ini menghantar lebih 70 permohonan tetapi tidak dipanggil untuk mana-mana temuduga.

Elbarkey dikesan oleh seorang wanita, Mary Engleheart yang mengambil gambarnya dan memuat naik di Twitter, sambil bertanyakan kepada pengikutnya bagi membantu Mohamed mendapatkan kerja.

Sejak itu, status tersebut diulang kicau lebih 19,000 kali dan mendapat lebih 28,000 tanda suka. - Evening Standard UK

Mohamed Elbarkey

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain