suria

Ibu jumpa Meghan secara rahsia di UK

Gambar fail Meghan Markle dan Doria Raglan sehari sebelum majlis perkahwinan diraja. Foto PA

IBU Meghan Markle, Doria Ragland didakwa membuat kunjungan ke United Kingdom (UK) secara berahsia untuk berjumpa dengan anak perempuannya.

Doria yang berhenti kerja sebelum perkahwinan diraja itu, dipercayai terbang dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke UK untuk memberi sokongan kepada Meghan selepas beberapa sesi temuramah Thomas Markle dengan pihak media.

Meghan yang merupakan Duchess of Sussex dan bapanya berusia 74 tahun tidak bercakap sejak selepas perkahwinannya bersama Putera Harry, Mei lalu.

Dalam kunjungan yang difahamkan pada Julai lalu, Doria dikatakan tinggal bersam Duke, 33, dan Duchess, 37, di kotej persendirian di Oxfordshire.

Koresponden diraja, Omid Scobie mendedahkan berita itu menerusi Twitter dan menyebut:  "Sumber-sumber mengesahkan ibu kepada Duchess Meghan, Doria Ragland melawat Putera Harry dan anak perempyannya dan menginap di kediaman mereka di Oxfordshire pada musim panas.

"Doria dikatakan menjalinkan hubungan baik dengan Putera Harry dan mengukuhkan hubungannya bersama Meghan."

Sumber memberitahu Mail Online pada Ahad: "Lawatan itu dilakukan secara senyap-senyap... Doria menyokong Meghan yang banyak berdepan dengan hubungan tegangnya bersama Thomas. 

Seorang jurucakap Istana Kesington enggan mengulas dakwaan itu.

Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai Meghan akan beralih kepada ibunya selepas bapanya memberikan beberapa kenyataan yang memalukan dalam sesi temuramah. - Mail Online UK

Meghan Markle

Artikel Lain