suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga beranak nyaris maut selepas ibu, anak tergelincir dari platform kereta api

KELUARGA tiga beranak terselamat daripada maut digilis kereta api apabila mereka sempat menyorok di bawah ruang sempit dekat landasan tren bawah tanah di London, United Kingdom.

Seorang wanita yang menolak anaknya menggunakan kereta tolak bayi tergelincir dari platform di Stesen Baker Street pada malam Jumaat dan suaminya turut terjun untuk menyelamatkan mereka.

Apabila kereta api semakin menghampiri keluarga tersebut, mereka berjaya menyelamatkan diri di ruang di bawah trek landasan itu.

Kereta api tersebut melepasi mereka tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Wanita terbabit berjalan di sepanjang platform itu sambil menolak kereta tolak tersebut, sementara dia melihat papan penunjuk sekitar pukul 10.15 malam Jumaat, menurut Polis Pengangkutan Britain.

Mangsa tidak menyedari kedudukan roda kereta tolak tersebut yang semakin hampir dengan pinggir platform dan akhirnya tergelincir ke bawah.

Kata Polis Pengangkutan Britain: "Ketiga-tiga mereka memang benar-benar bernasib baik kerana sempat menyorok di bawah ruang itu dan kereta api melepasi mereka dengan selamat.

"Menakjubkan apabila tiada seorang pun yang cederea, tapi bagi memastikan semuanya selamat, mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan."

Pengarah operasi jaringan Pengangkutan untuk London, Nigel Holness berkata: "Kami faham insiden ini adalah satu kemalangan tapi ia menunjukkan betapa pentingnya para penumpang berdiri di belakang garisan kuning ketika menunggu tren sampai." - Daily Mail

kereta api

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain