suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sara Iftekhar tetap diminati walau gagal dinobat Ratu Cantik England

SELEPAS tular seorang pelajar undang-undang beragama Islam menjadi wanita bertudung pertama yang menyertai acara final Ratu Cantik England, Instagram milik Sara Iftekhar dihujani ucapan tahniah.

Malah dia kini sudah mempunyai lebih 9,000 pengikut.

Sara Iftekhar dari Huddersfield, bertanding dengan 49 peserta lain di Kelham Hall di Newark, Nottinghamshire.

Gadis yang baru berusia 20 tahun itu sering berkongsi gambar Instagram dirinya dalam pakaian tradisional Pakistan.

Selepas memenangi Miss Huddersfield pada 2018, Iftekhar akui pengalamannya menyertai acara final sebagai sesuatu yang luar biasa.

Bagaimanapun, dalam pertandingan ratu cantik yang penuh berprestij itu, Sara terpaksa akur kepada Alisha Cowie akhirnya dinobatkan sebagai Miss England 2018.

Iftekhar berkecimpung dalam perniagaan pakaian sejak berusia 16 tahun.
Sara Iftekhar, Newark

Artikel Lain