suria

Remaja mangsa dera seks 100 lelaki, hamil usia 14 tahun

Gambar hiasan.

SEORANG remaja perempuan di Rotherham di South Yorkshire, England menjadi mangsa seks kepada kira-kira 100 lelaki, sebelum usianya 16 tahun, perkara itu didedahkan dalam pendengaran kes penderaan seks kanak-kanak di mahkamah.

Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu, nombor telefonnya disebarkan dan ramai lelaki mahu berjumpa dengannya.

Mahkamah Sheffield Crown pada Jumaat diberitahu bahawa mangsa pernah mengandung pada usianya 14 tahun dan merasakan zaman kanak-kanaknya 'dirampas'.

Gadis itu mendakwa dirinya mengalami penderitaan antara 1998 dan 2001 bermula sejak usianya baru 13 tahun.

Katanya: "Jujurnya boleh saya katakan pada usia saya 16 tahun, saya telah 'bersama' 100 lelaki," katanya.

Dalam kes yang berkaitan, sekumpulan lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa melakukan kesalahan seks terhadap lima mangsa.

Mereka berdepan dengan 28 pertuduhan secara keseluruhan membabitkan lima mangsa dalam tempoh lima tahun dari 1998 dan 2003.

Perbicaraan disambung. - Metro Online UK


Artikel Lain