Dinding rumah keluarkan minyak, pelawat percaya boleh bantu kehamilan - Dunia | mStar

Dinding rumah keluarkan minyak, pelawat percaya boleh bantu kehamilan

Lebih sedekad selepas minyak pertama muncul, orang dari seluruh dunia masih datang untuk melawat rumah tersebut. Foto- Facebook Mike Tannous.

SEBUAH rumah biasa dengan tiga bilik tidur kini telah mendapat reputasi sebagai ‘rumah ajaib’.

Abu dan minyak yang keluar dari dinding rumah tersebut yang terletak di pinggir bandar di barat Sydney ini dikatakan sebagai ‘melampaui sains’.

Pemilik rumah, George dan Lina Tannous, percaya bahawa fenomena yang tidak dapat dijelaskan itu adalah petanda dari Tuhan dan mereka juga telah menjadikan rumah itu sebagai rumah penyembuhan ajaib.

Menurut pasangan itu, rumah mereka mempunyai keupayaan luar biasa yang mampu membantu wanita untuk hamil, walaupun dalam kes-kes di mana mereka telah menerima pengesahan perubatan bahawa mereka tidak dapat hamil. Malah terdapat satu contoh kononnya yang dilaporkan kononnya rumah itu mengubati mengubati kanser wanita.

Minyak misteri itu pertama kali muncul pada 2008, anak lelaki pasangan ini Mike, yang berusia 17 tahun terbunuh dalam kemalangan kereta. Mereka percaya bahawa minyak itu adalah semangat anak lelaki mereka dan mendakwa sejak bertahun-tahun tarikh kelahirannya ditulis di dinding rumah menggunakan minyak, serta pelbagai simbol agama Kristian.

Mereka percaya bahawa fenomena yang tidak dapat dijelaskan itu adalah petanda dari Tuhan.

“Semangat anak lelaki saya ada di rumah ini. Dia mengasihi Tuhan dan Jesus. Dia telah datang ke rumah ini dan minyak ini adalah semangatnya,” kata Tannous selain menambah anaknya adalah seorang yang kuat agama.

Walaupun banyak ujian terhadap minyak itu telah dilakukan sejak bertahun-tahun, tidak ada penjelasan yang pernah diberikan tentang puncanya. Apa yang pasti ia mengandungi air, emas dan tahap uranium yang selamat.

Salah satu keajaibab pertama yang disumbangkan oleh rumah itu adalah seorang wanita hamil anak ketiga selepas berdoa di sana, walaupun doktornya menegaskan bahawa dia mustahil akan hamil lagi.

Lebih sedekad selepas minyak pertama muncul, orang dari seluruh dunia masih datang untuk melawat rumah tersebut. Malah ia mempunyai halaman Facebook sendiri, di mana ramai pengguna berkongsi cerita luar biasa tentang kunjungan mereka ke rumah itu.

Salah satunya: “Kawan saya datang ke rumah itu lima tahun lalu untuk anak saya yang menghidap kanser pada usia dua setengah tahun . Dia kini berusia lapan tahun setengah dan selamat daripada penyakit yang dahsyat ini. “

Minyak itu ia mengandungi air, emas dan tahap uranium yang selamat.

Walaupun pemilik rumah itu mendakwa bahawa tidak ada penjelasan yang rasional tentang apa yang sedang berlaku, rumah itu tidak terlepas daripada dikritik.

Pegawai eksekutif dan editor Skeptik Australia Tim Mendham berkata: “Gambar-gambar awal menunjukkan minyak pada ketinggian bahu, yang merupakan ketinggian yang tepat untuk seseorang melemparkannya ke dinding. Hanya sekarang ia lebih tinggi dan di atas bumbung,” katanya.

Walau bagaimanapun, Miracle House di Sydney telah bertahan sekitar satu dekad, dan setakat ini tiada siapa yang dapat menjelaskan mengapa dindingnya terus mengalirkan minyak misteri.

Ia menerima pelawat dari seluruh dunia setiap hari, dan ada yang menggosok minyak itu di kulit mereka, sambil menyatakan bahawa ia akan menyembuhkan masalah kesihatan mereka dengan ajaib.

”Kami mengumpul minyak dengan kapas bagi membolehkan orang ramai menggosoknya pada kulit mereka. Ia membantu menyembuhkan penyakit dan memakbulkan doa mereka, "kata Lina Tannous.

“Kami tidak mengenakan bayaran, tidak ada sumbangan. Kami buka dari 11 pagi lima hari seminggu.”

Apa yang pasti pesangan ini tidak menggunakan rumah ajaib mereka untuk mendapatkan keuntungan atau perhatian, bahkan enggan ditemuramah selama bertahun-tahun.

Ia memperkuat kepercayaan orang Kristian bahawa ini adalah keajaiban yang benar, sehingga mereka terus datang kepadanya. -FB Mike Tannous

Mike Tannous , Rumah Ajaib , Sydney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Apple Inc bakal keluar iCar?

Artikel Berkaitan

Artikel Lain