suria

Selepas makanan, KFC lancar rangkaian fesyen termasuk pakaian renang

Baju t-shirt serta seluar suka bercorak kentang goreng dan ayam yang bakal dijual oleh KFC. Foto-KFC

SEBUT sahaja KFC, perkara pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya keenakan serta kerangupan ayam goreng mereka yang popular sejak dahulu lagi.

Namun, syarikat rangkaian makanan segera itu melebarkan sayap mereka apabila bakal tampil dengan koleksi pakaian mereka tidak lama lagi.

Masih mengekalkan identiti yang sudah sinonim dengan mereka, KFC bakal menyuntik elemen makanan dalam rekaan pakaian itu.

Rantai yang bertulis "finger lickin good" (sedap hingga menjilat jari) dijangka bakal menjadi kegilaan ramai.

Antara yang bakal dijual ialah seluar sukan dengan cetakan corak nugget ayam, corak kentang goreng, stokin, baju serta pelbagai aksesori fesyen bertemakan makanan.

Selain itu, mereka turut menawarkan rantai emas yang bertulis slogan rasmi mereka "finger lickin good" (sedap hingga menjilat jari).

Lebih menarik, mereka turut menjual papan luncur ombak dengan logo KFC serta pakaian renang berwarna merah putih, simbolik warna rasmi rangkaian makanan segera itu.

KFC juga mengeluarkan pakaian renang berwarna merah putih seperti warna logo mereka.

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan koleksi pakaian itu, ia malangnya hanya akan dikeluarkan di Australia sahaja.

Malah, ia merupakan sebahagian daripada kempen Yayasan Belia KFC yang komited dalam membantu anak muda yang tidak berkemampuan untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan. - Mirror.UK

KFC

Artikel Lain