suria

Pekerja bingung tengok CCTV rakam kelibat lelaki ‘tak lut’ dilanggar kereta

Paparan skrin video Viral Press.

SATU rakaman CCTV menunjukkan kelibat yang dikatakan hantu sedang melintas jalan sebelum muncul di depan sebuah kedai runcit tular.

Kelibat tersebut melintas dalam keadaan trafik yang agak sibuk dan kelihatan tidak lut walaupun dilanggar kenderaan-kenderaan yang lalu di situ.

Penampakan lelaki itu dirakamkan oleh kamera keselamatan di luar sebuah kedai di Pangasinan, Filipina, pukul 2 petang pada 20 Jun.

Rakaman kamera pengawasan dari kedai yang sama menunjukkan kelibat serupa muncul 13 jam kemudian, kali ini kelihatan bersembunyi di sebelah seorang budak penghantar.

Penampakan kelibat menyeramkan itu telah membuatkan kakitangan di kedai itu bingung dan pengawal keselamatan juga terkejut melihatnya.

Michael Forto berkata: '' Saya macam tak percaya apa yang saya tengok. Saya ingatkan benda macam ni hanya berlaku di televisyen. Kelibat itu nampak macam sedang melihat budak penghantar itu.’'

Pasaraya mini itu terletak di hadapan plaza dan penduduk tempatan percaya penampakan itu ada kaitan dengan semangat seseorang yang berdendam.

Jenny Renalto, yang bekerja di sebuah kedai berhampiran tempat ‘hantu’ itu dirakam berkata: ''Sekarang saya takut berjalan berhampiran kawasan ini. Setiap kali saya lalu, saya dapat merasakan sesuatu yang menakutkan.

“Saya masih ingat apa yang ada di CCTV dan imej lelaki yang berjalan menyeberang jalan terus terlintas di kepala saya.” -MirrorUK

CCTV, hantu, kelibat, misteri

Artikel Lain