DUA wanita dituduh membiarkan empat kanak-kanak berpanasan di dalam kereta selama 90 minit untuk pergi mencuri. Arlena T Keye dan rakannya Shaday H Williams, kedua-duanya berusia 27 tahun, dituduh meninggalkan kanak-kanak berusia lima, enam dan tujuh tahun serta bayi 11 bulan selama 90 minit di dalam kereta, ketika suhu luar 32.2 celcius. Mereka kemudian pergi mencuri di sebuah gedung membeli-belah dengan enjin kereta dimatikan dan tingkat diturunkan sedikit. Mereka dikatakan telah mencuri di stor Marshall di East Hanover, New Jersey, ketika meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta dengan tingkapnya retak sedikit, menurut CBS New York. Kanak-kanak itu ditemui tanpa kecederaan dan diserahkan kepada ahli keluarga, dengan jabatan perlindungan kanak-kanak New Jersey kini bersedia untuk melancarkan siasatan. Keye dan Shaday telah dituduh mencuri dan melakukan kekejaman serta pengabaian kanak-kanak. Pegawai telah memberi amaran kepada ibu bapa untuk tidak meninggalkan anak-anak dalam kereta semasa cuaca panas. Suhu dalaman seringkali jauh lebih tinggi berbanding di luar, dengan anggaran 37 kanak-kanak maut kerana kepanasan dalam kereta di AS setiap tahun.