suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru saja pindah, Sanchez jual rumah berjuta

Hadapan rumah Sanchez. Foto Rightmove/Mirror

KEDIAMAN mewah milik pemain Manchster United, Alexis Sanchez kini dijual di pasaran, hanya beberapa bulan didiaminya.

Sanchez berhijrah ke kediaman bernilai £1.9 juta (RM10.16 juta) pada akhir musim Liga Perdana Inggeris yang lepas, selepas melengkapkan perpindahan ke Manchester United.

Pemain warga Chile itu pada awalnya menetap di Hotel Lowry, hotel lima bintang yang menjadi lokasi penginapan skuad Manchester United sehari sebelum perlawanan sebagai tuan rumah berlangsung.

Alexis Sanchez. Foto Reuters

Sanchez kemudian berpindah ke kediaman tetapnya pada Februari lalu.

Bagaimanapun, kediaman mewah di kawasan Hale Barns di Manchester kini dijual.

Sanchez menetap di rumah tersebut bersama dua anjingnya, Atom dan Humber.

Nampaknya penjualan rumah itu menunjukkan Sanchez akan berpindah lagi. - Mirror UK

Artikel Lain