Bekas menteri luar disyaki bersubahat kes kematian isteri, dapat ikat jamin - Dunia | mStar

Bekas menteri luar disyaki bersubahat kes kematian isteri, dapat ikat jamin

SEBUAH mahkamah di India pada Khamis telah membenarkan ikat jamin antisipatori kepada bekas Menteri Luar Shashi Tharoor dalam kes kematian isterinya yang dianggap misteri, lapor Bernama yang memetik agensi berita China Xinhua.

Tharoor berdepan pertuduhan bersubahat dalam kes kematian Sunanda Pushkar, 51, yang mayatnya ditemui di sebuah hotel lima bintang di Delhi pada 17 Jan 2014, dua hari selepas membuat pendedahan dalam media sosial bahawa menteri muda itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wartawan wanita dari Pakistan.

Ketika membenarkan ikat jamin yang memberikan perlindungan daripada penahanan itu kepada Tharoor, anggota parlimen kanan pembangkang dari Parti Kongres, mahkamah telah meminta beliau menyerahkan wang sebanyak 100,000 rupee (RM5,876)  sebagai jaminan dan tidak ke luar negara tanpa kebenarannya.

"Mahkamah telah membenarkan ikat jamin antisipatori kepada Tharoor. 

"Bagaimanapun, anak guam saya telah diminta untuk tidak mengganggu bukti atau meninggalkan negara tanpa mendapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

"Polis Delhi tidak boleh menahan beliau sekarang," kata seorang peguam yang mewakili Tharoor kepada media.

Mengikut kertas pertuduhan setebal 3,000 muka surat, polis Delhi telah menamakan Tharoor sebagai satu-satunya tertuduh.

Selain pertuduhan bersubahat, pemimpin kanan Parti Kongres itu didakwa telah melakukan kekejaman terhadap isterinya.

Bekas menteri muda itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak bersalah serta menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai "tidak masuk akal dan tidak berasas."

misteri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Manchester United pecat Mourinho!

Jenazah Adib selamat dikebumikan

Insentif untuk Harimau Malaya dipertimbang