suria

Alat sulit 'hadir' selepas 44 tahun

Kulit bahagian lengan Wradle diambil untuk membuat alat sulit.

DENGAN kos pembedahan 50,000 pound, Andrew Wardle akhirnya bakal mempunyai kemaluan sendiri.

Wardle dari Stalybridge, Machester dilahirkan tanpa kemaluan dan terpaksa berpura-pura selama 44 tahun menjalani kehidupan normal.

Malah Wardle terpaksa menjalani kehidupan penuh tekanan dan pernah cuba untuk membunuh diri.

Wardle mengakui mempunyai perasaan untuk melakukan hubungan seks, namun terpaksa akur dengan keadaan dirinya.

Namun pada tahun 2015, pakar pembedahan yang berkaitan dengan faloplasti memberitahunya bahawa dia boleh mempunyai kemaluan sendiri.

Wradle bersama teman wanitanya, Fedra.

Pakar mencipta kemaluan untuk Wradle dengan mengambil beberapa bahagian badan Wradle.

Dalam pada itu, Wardle gembira sepanjang enam tahun ini, teman wanitanya tetap setia bersama walaupun sedar dia tidak ada kemaluan.

"Selain daripada hubungan seks, tentu ada perkara lain yang boleh menghargai wanita," ujarnya.

Dia bakal menghabiskan masa enam minggu untuk mengepam bahan implan dalam buah zakar dan selepas itu Wardle sedia untuk melakukan seks buat kali pertama dalam hidupnya.

Walaupun dilahirkan tanpa zakar, Wardle tetap mempunyai buah zakar dan ia memudahkan pakar pembedahan melakukan bionik yang mampu menjadikan kemaluan itu berfungsi seperti asal.

Malah ia juga mampu mengeluarkan sperma dan secara teorinya boleh mempunyai anak.

Tiada zakar, kemaluan

Artikel Lain