suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kamera meletup, lelaki 'kantoi' mahu rakam bawah skirt wanita

-foto WP Company LLC

IDEA yang mungkin dianggap kreatif oleh seorang lelaki yang mahu merakam alat sulit wanita melalui bahagian bawah skirtnya ternyata membawa padah.

Lelaki dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) itu membeli sebuah kamera yang dipasang di kasutnya untuk tujuan berkenaan.

Dia bagaimanapun berdepan mimpi ngeri apabila bateri kamera itu meletup sehingga mencederakan bahagian kakinya.

Insiden itu didedahkan selepas dia cuba mendapatkan rawatan untuk kecederaan kakinya.

Atas saranan, dia turut menghubungi pihak polis untuk menyerah diri namun tidak diambil sebarang tindakan kerana belum sempat membuat sebarang rakaman.

Sementara itu, gejala 'upskirting' atau mengintai bahagian sulit wanita dari bawah skirt bukanlah isu baharu.

Malah, terdapat banyak laporan mengenai kejadian itu di stesen kereta api Metro, Walmarts dan kedai runcit sekitar Washington sejak beberapa tahun lalu.

Perbuatan itu diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di banyak tempat dan negara termasuklah Wisconsin.

Mengikut undang-undang Wisconsin 2015, sesiapa yang menggunakan peranti untuk merakam 'bahagian bawah pakaian' seseorang tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.

Lain pula ceritanya di Georgia apabila mahkamah di negara itu pada 2016 menetapkan bahawa perbuatan 'upskirting' bukan satu kesalahan dan boleh dilakukan di tempat awam seperti kedai runcit. -The Washington Post

intai, kamera, upskirting

Artikel Lain