suria

Tak tahu berenang tapi terjun sungai selamatkan budak lemas, akhirnya...

Victor Mozqueda

WALAUPUN tak pandai berenang, Victor Mozqueda tetap terjun ke dalam sungai arus deras untuk menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 5 tahun daripada mati lemas.

Budak lelaki itu terselamat, tetapi Mozqueda mati ketika proses menyelamat.

Keluarganya berkata perbuatan tidak mementingkan diri sendiri Mozqueda tidak mengejutkan mereka.

"Dia sentiasa sanggup buat apa saja untuk orang lain. Itulah cara dia dibesarkan," kata abang ipar Mozqueda Ivan Gonzalez sambil disokong bapa saudaranya.

Mozqueda, 22, meninggalkan rumahnya di Santa Clarita, California, pagi Sabtu untuk ke Taman Negara Sequoia bersama keluarganya.

Ketika keluarganya tiba sekitar pukul 7 pagi, mereka sangat teruja untuk berjalan di tepi sungai.

"Ia licin. Ketika itulah budak lelaki itu, Vincent Gonzalez jatuh," kata bapa saudara budak lelaki itu.

Walaupun Mozqueda tidak pandai berenang, dia adalah orang pertama yang terjun sungai untuk menyelamatkan budak lelaki itu, diikuti ibu dan bapa Gonzalez.

"Ada kira-kira empat atau lima orang dalam air yang cuba menjangkau mereka. Seorang nelayan dan pekerja marin juga terjun," katanya.

"Arus terlalu kuat. Mozqueda dan Gonzalez beberapa kali tenggelam sambil cuba menyelamatkan diri daripada hanyut.

"Tetapi Mozqueda tidak pernah melepaskan budak itu.

"Gonzalez berpaut pada leher Mozqueda," kata Ivan.

Mozqueda akhirnya berjaya menolak budak lelaki itu ke arah orang tuanya sebelum dia lemas.

Orang ramai di tempat kejadian memberi bantuan CPR kepada budak lelaki itu.

Paramedik menerbangkannya ke bilik kecemasan dengan helikopter. Dia kini pulih.

Dua jam selepas itu mayat Mozqueda berjaya ditemui.

lemas, berenang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain