suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa tinggalkan rumah tepi jalan?

Gambar daripada Jabatan Polis Dover Delaware.

PIHAK polis di bandar Delaware, Amerika Syarikat buntu untuk mengesan gerangan pihak tidak bertanggungjawab yang meninggalkan sebuah rumah di tepi jalan.

Jabatan Polis Dover Delaware berkata, seseorang meninggalkan rumah separa siap dan menghalang laluan trafik sekurang-kurangnya sehingga Rabu.

Melalui posting di Facebook yang menerima ribuan perkongsian, jabatan polis itu memuat naik beberapa gambar rumah tersebut yang ditandakan dengan 'berat lebihan muatan' dan berkata ia bukan satu gurauan.

Menurut WWJ News Radio yang memetik laporan Associated Press, sama ada ia gurauan atau tidak, netizen meluahkan pandangan masing-masing ke atas gambar tersebut.

Bobby Browne bertanya: "Adakah terdapat ahli sihir di bawahnya?", sementara LeAndra Lyon-Barnett pula berkata: "Tuhan, ia akan menjadi makmal dadah sebelum mereka mengalihkannya."

Manakala yang lain pula meluahkan bahawa mereka berminat untuk berpindah ke rumah itu dan menyertakan nombor telefon mereka untuk tujuan tersebut.

Seorang lelaki berkata, dia seorang gelandangan yang memerlukan bantuan dan sudah pasti boleh menggunakan rumah berkenaan.

Kata pihak polis, Jalan Long Paint akan ditutup buat sementara waktu dan meminta pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif.

Artikel Lain