suria

Minum air kencing anjing gara-gara mahu cantik

SEORANG wanita sanggup minum air kencing anjing yang didakwa mampu membuatkan wajahnya tampak berseri-seri secara semulajadi.

Menurut Lynn Lew, air kencing anjing itu bukan sahaja mampu menghilangkan jerawatnya malah boleh dijadikan penawar penyakit kanser.

Malah Lew turut memuatnaik video yang menunjukkan cara dia mendapatkan air kencing anjing untuk amalan kecantikannya.

"Ramai diantara anda bertanya bagaimana saya sentiasa kelihatan cantik, bagaimana solekan saya kekal sempurna atau bagaimana saya kelihatan berseri-seri," kata Lew kepada kamera yang merakam perbuatannya itu.

Lew kemudiannya membawa anjing peliharaannya menghampiri sebatang pokok supaya haiwan itu boleh membuang air kencingnya.

Wanita itu dilihat menadah air kencing haiwan tersebut dengan gelas plastik sebelum meneguk 'minuman' tersebut.

"Sebelum saya minum air kencing anjing saya, saya tertekan, sedih dan ada banyak jerawat.

"Air kencing anjing ada vitamin A, vitamin E dan 10 gram kalsium. Malah ia terbukti boleh merawat kanser," dakwanya.

Tindakan Lew bagaimanapun dibidas Dr Zubair Ahmed dari MedicSpot GP yang menyifatkan amalan minum air kencing anjing tidak memberi sebarang manfaat kepada kesihatan.

"Sebaik sahaja air kencing haiwan itu berada di dalam badan, ia boleh tercemar dengan bakteria," kata Dr Zubair.

air kencing, anjing

Artikel Lain