suria

Ingatkan hantu, rupa-rupanya...

SEORANG ibu yang merakam video anak lelakinya yang berusia lima tahun sedang mengayuh basikal ketakutan selepas mendapati terdapat kelibat hantu memerhatikan anaknya dari tingkap sebuah kediaman.

Video yang dirakam Louise Lenton itu tular di laman sosial apabila wanita itu mendakwa terlihat seorang wanita memerhatikan anaknya dari tingkap aras satu bangunan Oldway Mansion di Devon, United Kingdom.

"Ia kelihatan seperti seorang wanita bersanggul dan gari berwarna putih di kedua-dua tangannya, kata Louise.

Wanita itu turut memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Torbay tentang kejadian itu.

Namun, kelibat yang dilihatnya itu rupa-rupanya seorang pengawal keselamatan yang mendakwa bekerja di kawasan kediaman itu.

Alex Warren yang bekerja di Oldway Mansion selama empat tahun berkata: "Saya memakai kardigan hitam di dalam dan jaket keselamatan di bahagian luar ketika melakukan rondaan.

"Pada hari itu, saya hanya mengagumi budak lelaki tersebut yang sedang belajar cara mengayuh basikal.

"Saya harap penjelasan ini boleh menepis kekeliruan yang berlaku.

"Setahu saya tiada hantu di Oldway. Saya bekerja siang dan malanm selama empat tahun di sini," ujar Alex.

Louise pada asalnya menyangka ia adalah kelibat seorang wanita tua yang memakai pakaian zaman dahulu. - Mirror UK

Artikel Lain