suria

Remaja curi 'buggy' nak beli McDonald's

-fotoPA

SEORANG remaja memandu sebuah buggy dalam usahanya untuk membeli makanan di McDonald's.

Jamie Elliot yang mabuk bertindak di luar kawalan apabila dia menggerakkan buggy tersebut yang mempunyai seorang penumpang di dalamnya pada awal pagi 29 Mei.

Mahkamah mendengar bagaimana remaja berusia 18 tahun itu mabuk dan cuba memandu kereta itu dari kelab Golf Catterick di North Yorkshire dan cuba membawanya masuk ke lorong pandu lalu, yang terletak lebih dari satu batu dari kelab golf tersebut.

Insiden ini menerima liputan meluas selepas polis North Yorkshire menyiarkan buggy itu dan menyifatkannya sebagai 'kerja paling pelik pada waktu malam'.

Elliot mengaku memandu dalam keadaan mabuk dan dilarang memandu selama 12 bulan selain diperintahkan untuk membayar denda dan kos mahkamah sejumlah £235 pada Selasa.

Dia diberitahu oleh majistret di Northallerton bahawa, jika dia dapat menamatkan hukuman pemulihan pada akhir Januari tahun depan, tempoh larangan itu akan dikurangkan.

Pendakwa Sarah Tyrer memberitahu mahkamah bagaimana pegawai tiba di tempat kejadian apabila dimaklumkan oleh kakitangan di McDonald's bahawa mereka melihat Elliot dalam kereta itu.

"Elliot mengesahkan bahawa dia telah mengambil kereta golf dari Kelab Golf Catterick," kata Tyrer kepada mahkamah.

Pendakwa juga mendakwa bahawa remaja itu perlu membuka palang keselamatan untuk mengakses kenderaan dan telah diberi amaran kerana mengambilnya tanpa kebenaran.

Apabila dia dibawa ke sebuah balai polis berdekatan, Elliot telah diperiksa dan mencatatkan bacaan 47 mikrogram alkohol yang mana had yang ditetapkan adalah 35. -mirrorUK

curi buggy, McDonald's

Artikel Lain