suria

7 putera kacak idaman gadis serata dunia

Putera Mateen

PUTERA raja di seluruh dunia sememangnya mempunyai peminat tersendiri yang sentiasa bermimpi untuk berkahwin dengan mereka suatu hari nanti seperti kisah-kisah dongeng popular.

Putera Harry misalnya, sudah 'tidak laku' di pasaran setelah dia berkahwin dengan Meghan Markle baru-baru ini.

Tetapi, anda mungkin patut membeli tiket penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Brunei kerana putera-putera di sana masih bersatus bujang.

1) Putera Mahkota Dubai, Hamdan, 35


Jika anda gemar mendaki bukit, skydiving, menyelam dan berenang, anda sememangnya mempunyai banyak persamaan dengan Sheik Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini.

Dia yang mesra disapa Fazza mempunyai hampir 6 juta pengikut di laman Instagram.

2) Putera Mahkota Jordan, Hussein, 23


Hussein bin Abdullah adalah anak sulung Raja Abdullah II dan Rania Rania.

Hussein merupakan seorang yang pintar. Dia menjadi individu termuda mempengerusikan sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada usia 20 tahun.

Dia merupakan lepasan Georgetown University dengan ijazah dalam bidang Sejarah Antarabangsa.

Dia juga merupakan graduan Akademi Tentera Diraja Sandhurst seperti Putera Harry dan Putera William.

3) Putera Philippos, 31 (Greece dan Denmark)


Jika tidak berpakaian segak menghadiri mahjlis-majlis diraja, putera ini biasanya akan berada di pejabatnya di New York.

Dia merupakan graduan dari Georgetown University.

4) Putera Constantine-Alexios, 19 (Greece dan Denmark)

Seperti kakaknya, putera yang dikenali sebagai Tino ini sedang melanjutkan pelajaran.

Dia kini dalam tahun pertama di Georgetwon University manakala kakaknya belajar di Parsons School of Design di New York.

5) Putera Albert, 34 (Thurn and Taxis)

Apa yang lebih menyeronokkan selain berpacaran dengan putera yang tersenarai dalam senarai jutawan Forbes.

Putera ini gemar berlumba kereta dan mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi dan theologi.

6) Putera Joachim, 25 (Belgium)


Dia kini berada di tangga kesembilan dalam senarai pewaris takhta Belgium.

Putera Joachim belajar di England dan Milan dan menerima ijazah dalam bidang ekonomi antarabangsa, pengurusan dan kewangan.

Selain itu, dia juga belajar di Nautical School di Brugee dan menjadi pegawai tentera laut Belgium.

Mungkin suatu hari nanti dia boleh bawa anda belayar menaiki kapal.

7) Putera Mateen, 26 (Brunei)

Anak keempat Sultan Hassanal Bolkiah ini berada pada tangga keenam senarai pewaris takhta negara itu.

Pada 2016, dia menamatkan pengajian dari University of London.

Menerusi gambar-gambar di Instagram miliknya, Mateen dilihat gemar bermain sukan berkuda, suka kucing dan segak bergaya dalam persalinan yang dipakainya.

Malah, keningnya juga sering mencairkan hati para peminat wanita. -Cosmopolitan

putera kacak, putera bujang

Artikel Lain