suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi dibuang di celah kubur

Bayi yang ditemui ditinggalkan di celah kubur. Foto Viral Press

PENDUDUK di Quezon, Filipina dikejutkan oleh penemuan seorang bayi yang dibuang di celah kubur.

Tangisan bayi malang yang baru berusia dua bulan itu membawa kepada penemuannya pada 28 Mei lalu.

Bayi berkenaan kemudian dibawa ke hospital dan doktor mendapati anak kecil itu ditinggalkan di kubur selama beberapa jam.

Kanak-kanak yang diberi nama Louis dijaga oleh pihak berkuasa tempatan.

Ibu mangsa, Gloria Perez kemudian tampil memaklumkan bahawa anak perempuannya, Lara Sentillas adalah ibu kepada kanak-kanak itu.

Polis kemudian menahan Lara.

Penduduk, Angel Castillo berkata: "Seorang jiran menemui bayi lelaki itu kerana tangisannya. Mereka kata dia ditinggalkan pada waktu malam. Ia mungkin menjadi lebih teruk.

"Jika tak ada sesiapa yang mendengarnya pada waktu pagi, dia mungkin dah tak ada. Banyak anjing liar dan tikus di kawasan perkuburan.

"Jika dia sakit atau cedera, tiada siapa yang dapat membantunya. Tapi atas kuasa Tuhan, dia selamat sekarang," katanya. 

Pihak polis menahan ibu bayi malang itu dan didakwa kerana membuang anaknya. - Mirror UK


Artikel Lain