suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor 'tumbang' selepas tak berhenti buat pembedahan

-fotoSCMP

SEORANG pakar bedah kehamilan rebah selepas melakukan empat pembedahan berturut-turut.

Yi Xianyou, 42, yang hamil lima bulan, telah dipuji sebagai 'doktor contoh' selepas satu video menunjukkan dia rebah keletihan akibat berkerja seharian, lapor Kankan News, Rabu.

Pengarah ginekologi itu telah melakukan empat pembedahan dari jam 9 pagi hingga 4 petang tanpa rehat di sebuah hospital di bandar Zhangjiajie, wilayah Hunan, selatan China.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan dia sedang duduk tersandar untuk mendapatkan oksigen.

"Sepanjang proses dia tidak mempunyai rehat," jururawat Xiong Chunbo dipetik sebagai berkata.

-foto SCMP

"Dia tak cukup oksigen, gula dalam darah sedikit rendah dan berasa tak selesa. Dia tidak boleh berdiri selepas pembedahan, jadi kami suruh dia duduk dan bernafas untuk mendapat lebih oksigen."

Doktor itu mengalami keletihan dan hipoksia, oksigen tidak mencukupi untuk mencapai tisu, menurut Kankan.

"Dia melakukan pembedahan dengan sangat baik dan biasanya melakukan tiga hingga empat pembedahan dalam sehari, kadang-kadang lima, dengan purata 80 hingga 100 sebulan," kata ketua jururawat Lin Wei.

Tetapi Xianyou mempunyai pendirian tentang kerjanya.

"Anda mempunyai tanggungjawab untuk pesakit," katanya.

"Setelah pembedahan selesai, saya akan duduk dan berehat. Saya kemudian berbaring dan itu membuatkan saya berasa lebih baik." -South China Morning Post

doktor contoh, pakar bedah

Artikel Lain