suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hantu era Victoria didakwa muncul dalam video budak main basikal

VIDEO yang dirakamkan oleh seorang wanita mencetuskan misteri apabila dia mendakwa 'hantu' muncul untuk melihat anaknya sedang menunggang basikal.

Pada petang Ahad, Louise Lenton merakamkan aktiviti anaknya menaiki basikal di luar bangunan bersejarah Oldway Mansion di Paignton, sebuah bandar di selatan-barat England, lapor Devon Live.

Walau bagaimanapun, dia kemudian menyedari bahawa anaknya tidak keseorangan dalam video itu.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita berdiri memakai pakaian era Victoria sedang melihat anaknya bermain basikal di tempat letak kereta dari tingkap di tingkat dua bangunan tersebut.

Walaupun tidak percaya kepada aktiviti paranormal, Lenton berkata dia tidak dapat menjelaskan tentang kemunculan wanita itu.

"Saya hanya menyedarinya apabila melihat semula rakaman itu di rumah," katanya kepada Devon Live.

"Saya sangat terkejut dan pasangan saya tak dapat berkata apa-apa. Kami tak tahu 'benda' apakah itu."

Lenton menghubungi Majlis Torbay yang kemudian memberitahunya satu-satunya orang yang berada di bangunan itu adalah pengawal keselamatan.

"Apa yang dapat saya katakan sudah pasti dia bukan pengawal keselamatan. Baju wanita itu kelihatan mempunyai besi putih seperti pakaian zaman Victoria.

"Saya nak sangat tahu siapa atau apa yang berlaku."

kisah misteri, zaman Victoria

Artikel Lain