suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja ditikam dalam restoran McDonald's

Seorang anggota polis mengawal lokasi kejadian. Foto BBC/Mike Liggins

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun dalam keadaan kritikal di hospital selepas ditikam di dalam sebuah restoran McDonald's di Ipswich di Suffolk, timur England.

Polis bergegas ke lokasi kejadian di kawasan Ravenswood di bandar itu pada pukul 7.30 malam Rabu (2.30 pagi Khamis waktu Malaysia).

Mereka menemui seorang budak lelaki yang parah dengan kesan tikaman.

Ketua penyiasat, Superitendan Simon Parkes berkata: "Siastaan awal telah mendapat sejumlah keterangan.

"Mangsa dibawa ke hospital kerana cedera parah.

"Saya menyeru sesiapa yang maklumat berkaitan dengan kejadian supaya segera menghubungi polis Suffolk," katanya. 

Memetik laporan Ipswich Star, insiden tersebut merupakan serangan ketiga di Ipswich dalam tempoh kurang dua minggu. - Mirror UK

Artikel Lain