suria

16 maut bas rempuh pembahagi jalan di Uttar Pradesh

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 20 lagi cedera, dengan separuh daripadanya serius selepas sebuah bas melanggar pembahagi jalan raya di utara India, Rabu pagi, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

Nahas berlaku di daerah utara negeri Uttar Pradesh di Mainpuri, lapor agensi berita Xinhua.

"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan)," kata Majistret Daerah Mainpuri, Pradeep Kumar ketika dihubungi Xinhua.  Bas malang yang dinaiki kira-kira 90 penumpang itu dalam perjalanan dari Jaipur (ibu negara Rajasthan) ke daerah Kannauj di Uttar Pradesh.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital kerajaan di Mainpuri dan angka kematian dikhuatiri meningkat memandangkan ramai dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.  -- Bernama   


Uttar Pradesh

Artikel Lain