suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jet pejuang AS terjunam ke laut Okinawa

Gambar fail jet pejuang F-15 AS. -REUTERS

TOKYO: Jet pejuang F-15 Amerika Syarikat (AS) terjunam jatuh ke laut Okinawa, selatan Jepun, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, juruterbang jet berjaya diselamatkan oleh helikopter Pasukan Pertahanan Maritim Jepun (MSDF), menurut sumber kerajaan.

Nahas jet milik Pangkalan Udara Kadena itu berlaku pada Isnin kira-kira pukul 6.40 pagi waktu tempatan, 80 kilometer di selatan Naha, ibu negara wilayah Okinawa.

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai keadaan juruterbang berkenaan.

Okinawa menjadi tuan rumah sebahagian besar pangkalan dan aset ketenteraan AS di Jepun dan terdapat desakan daripada pegawai dan penduduk tempatan di pulau berkenaan agar kehadiran aset serta tentera negara itu dikurangkan.

Pada Mei 2013 satu lagi nahas berlaku membabitkan jet pejuang jenis sama di luar perairan Okinawa.
-Bernama

Artikel Lain