suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bakar anak selepas ditemui lemas

SEORANG ibu menyalakan api pada tubuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan harapan ia dapat menyedarkan kanak-kanak perempuan itu selepas ditemui lemas.

Jirannya yang melihat kejadian itu mendakwa Carly Harris, bertindak membakar anaknya, Amelia-Brooke Harris

Kejadian itu berlaku di kediaman mereka di Trealaw, Rhondda, selatan Wales pada pukul 10.20 malam.


"Kanak-kanak itu lemas dalam tab mandi dan ibunya yang menghidap masalah mental menganggap dia dapat menyedarkan anaknya dengan membakar budak itu," katanya.

Seorang lagi jirannya sedih memikirkan kejadian yang menimpa Amelia.

"Carly berdepan banyak masalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan saya pasti dia tidak akan membakar anaknya dengan sengaja," kata jiran itu.


Susulan itu, polis menahan ibu berusia 37 tahun itu untuk disoal siasat.

Sementara itu, Ketua Superitendan Dorial Lloyd berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kejadian tragik itu.

Amelia, Trealaw

Artikel Lain