suria

Prayut bengang wakil rakyat tertidur ketika ucapan bajet

WAKIL rakyat Thailand yang 'ditangkap' terlelap ketika sesi persidangan diberi amaran akan berdepan dengan tindakan tegas.

Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha berkata, amaran itu disampaikan melalui Presiden Dewan Legislatif Kebangsaan (NLA), Pornpetch Witchitcholchai.

"Sesiapa yang didapati tidur ketika dewan sedang bersidang akan disenarai hitamkan daripada bekerja dengan saya pada masa depan.

"Mereka tidak akan dipilih untuk bersama saya," katanya kepada media selepas kesal dengan insiden berkenaan.

Gambar anggota NLA tertidur ketika Prayut membentangkan ucapan bajet telah tular di media sosial baru-baru ini.

"Kamu ada laporkan mengenai bajet bernilai 3 trilion baht? Kamu hanya melaporkan anggota NLA yang tidur kan. Isu ini mengarut," katanya.

Selepas melepaskan amarahnya kepada pihak media, Prayut sempat memberi nasihat kepada anggota NLA.

"Jika ada anggota NLA yang nak tidur, lebih baik tidur di rumah saja.

"Buat masa ini, biarkan mereka bekerja sehingga sesi persidangan tamat," katanya. 

Prayut, NLA

Artikel Lain