Bayi seberat 500 gram di Vietnam berjaya diselamatkan - Dunia | mStar

Bayi seberat 500 gram di Vietnam berjaya diselamatkan

Gambar dari VNA.

HANOI: Doktor Hospital Kebangsaan Obstetrik dan Ginekologi Vietnam berjaya menyelamatkan seorang bayi dilahirkan pramatang yang hanya seberat 500 gram, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Pengarah hospital, Profesor Madya Dr Vu Ba Quyet berkata,bayi yang dilahirkan 26 Januari lepas pada usia 26 minggu itu, tidak mempunyai sistem pernafasan sempurna.

Selepas beberapa bulan diletakkan di unit rawatan rapi, beratnya kini mencecah 2.65 kilogram dan boleh diberi susu ibu serta dibenarkan pulang pada Khamis.

Kira-kira 160,000 bayi dilahirkan pramatang setiap tahun di Vietnam.  

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Vietnam disenaraikan di antara 42 negara yang mencatatkan kadar kematian bayi tertinggi, dengan 25 peratusnya disebabkan kelahiran pramatang. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tular wanita tanggal baju di stesen MRT

Artikel Berkaitan

Artikel Lain