suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Fernandes gagal hadir sesi soal siasat, polis India keluar arahan terkini

NEW DELHI: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang gagal hadir untuk disoal siasat yang telah ditetapkan Rabu, akan diminta supaya tampil pada sesi kedua yang diatur polis persekutuan India.

Arahan terbaru itu akan dikeluarkan polis negara berkenaan bagi mendapatkan keterangan beliau berhubung tuduhan syarikat itu melanggar peraturan dalam mendapatkan lesen penerbangan.

Jumaat lalu, sumber polis memaklumkan kepada Reuters bahawa Tony Fernandes sudah diminta hadir di Biro Siasatan Pusat India (CBI) pada 6 Jun (semalam), namun beliau memaklumkan tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri.

Media tempatan dan asing turut melaporkan perkara sama.

“Kami ingin menyatakan bahawa Kumpulan AirAsia atau Tan Sri Tony Fernandes secara peribadi tidak menerima notis arahan ini,” menurut kenyataan syarikat itu.

Menurut sumber polis pusat, arahan kehadiran telah dikeluarkan, bagaimanapun tidak dimaklumkan sama ada ia dihantar dalam bentuk bertulis atau kaedah lain.

Malahan, kata sumber itu lagi, semua aspek berkaitan siasatan yang sedang dijalankan melibatkan Tony Fernandes adalah rahsia.

Tambah sumber itu lagi, arahan supaya beliau menghadiri sesi kedua soal siasat itu akan dikeluarkan sebaik tarikh baharu ditetapkan.

"Jika Fernandes tidak tampil, tindakan wajar akan diambil mengikut undang-undang, termasuk mengeluarkan waran tangkap," kata sumber itu.

Tony Fernandes, AirAsia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain