Penumpang terjun dari pesawat akibat gurauan bom - Dunia | mStar

Penumpang terjun dari pesawat akibat gurauan bom

Gambar dari Trending Hitz.

JAKARTA: Sebelas penumpang pesawat Lion  Air cedera akibat 'gurauan bom' seorang daripada penumpang ketika memasuki pesawat itu, yang dijadual berlepas dari Pontianak, Kalimatan ke Cengkareng, Jakarta.

Sebuah video yang tular di media sosial di Indonesia menunjukkan para penumpang panik dan bertindak keluar menerusi pintu kecemasan, malah ada yang bertindak terjun dari sayap pesawat Boeing 737 itu.

Penerbangan JT687 yang dijadual berlepas dari Bandar Udara International Supadio jam 6.50 petang waktu tempatan itu, ditunda ke jam 9.45 malam, dan selamat tiba ke destinasi jam 11.10 malam Isnin.

Menurut laporan media Indonesia, seorang penumpang lelaki dikenali Frantinus Nirigi dilaporkan bergurau kononnya terdapat bom dalam pesawat itu ketika para penumpang dalam proses memasuki pesawat.

Keadaan itu menyebabkan para penumpang lainnya panik dan bertindak membuka pintu kecemasan pesawat berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Penumpang berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis Kalimatan Barat  tidak menemui sebarang bom dalam pesawat berkenaan.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group, Edward Sirait dipetik media Indonesia berkata sepanjang tahun 2018,  Lion Air  telah mengalami lapan kali  gurauan bom.

"Ini sudah berulang-ulang, dalam tahun ini saja sudah kena delapan kali, terakhir sebelum ini pada 27 Mei lepas dalam penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur, akibatnya penerbangan delay hampir dua jam, ini merugikan semua pihak," katanya. - Bernama

bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

20 bom gegar Selatan Thailand

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain