suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu letusan Merapi selubungi Borobudur

KEPULAN asap letusan Merapi telah mengakibatkan destinasi pelancongan terkemuka, Borobudur diliputi abu gunung berapi itu.

Gunung yang terletak di Magelang, Jawa Tengah meletus lagi dan kali ini pada pukul 2.56 pagi Khamis.

"Abu letusan itu menutup bahagian atas binaan kuil yang menempatkan loceng itu," kata ahli Persatuan Konservarsi Borobudur, Hari Setyawan kepada tempo.co.

Pasukan konservasi telah mula memantau perkembangan gunung berapi itu, selain menganalisa abu letusan yang dimuntahkan di makmal pusat konservasi itu.

Sebagai langkah tambahan, pasukan itu juga bersedia untuk menutup bahagian loceng dan lantai kuil berkenaan.

"Kami mengikut prosedur tindak balas bencana dan berterusan memantau situasi Merapi," kata Hari.

Terkini, gunung itu meletus selama empat minit di mana abunya dibawakan angin hingga ketinggian 6,000 meter.

Menurut Agensi Mitigasi Bencana Magelang, lokasi lagi yang turut terkesan adalah kampung Tegalrandu, Sumber, Dukun, Ngadipuro, Banyubiru, Muntilan, Menayu, Kalibening, Salaman, Tempuran, Sedayu, Sawangan dan Mungkid.

Ketua agensi berkenaan Edy Susanto meminta penduduk setempa supaya bertenang dan sentias dalam keadaan berjaga-jaga.

Merapi, Magelang

Artikel Lain