suria

Kaki hancur akibat lava Kilauea sebesar peti sejuk

KETIKA sedang duduk di balkoni rumahnya, tiba-tiba lelaki itu terkejut apabila percikan lava yang dimuntahkan Gunung Kilauea terkena kakinya.

Tanpa diduga, lava bersaiz umpama peti sejuk itu mengakibatkan kecederaan serius hingga lelaki itu kini mengalami kecacatan kekal.

"Percikan lava terkena pada tulang kering dan menghancurkan kakinya," kata seorang penduduk setempat kepada wakil BBC.

Kejadian itu adalah yang pertama melibatkan kecederaan dalam kalangan orang awam selepas gunung berapi di Hawaii itu mulai aktif awal bulan ini.

Pada Sabtu lalui, jalan utama pantai yang digunakan sebagai laluan untuk evakuasi utama warga tempatan yang terjejas didapati terputus hubungan.

Sementara itu, kemungkinan lava yang mengalir ke laut berpotensi melepaskan gas beracun dalam sebuah gumpalan yang disebut laze.

"Ketika lava cair menyentuh air laut, reaksi kimia dapat menciptakan kondisi berkabut dan berbahaya yang bercampur dengan klorida dan partikel kecil dari kaca," jelas Pusat Kaji Selidik Geological Amerika Syarikat (USGS).

Berdasarkan pemerhatian keaktifan gunung berapi itu, peribaku aliran lava sukar dipastikan.

Di puncak Gunung Kilauea, ledakan besar terjadi pada Jumaat tengah malam dan berlarutan hingga Sabtu , mengakibatkan segumpal gas vulkanik tersembur sekitar tiga km ke udara.

Ribuan orang telah meninggalkan rumah mereka di beberapa wilayah pulau yang berada di sekitar Gunung Kilauea. 



lava, Kilauae

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain