suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak jatuh air terjun tapi selamat

PELIK tapi benar. Seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas terjatuh ke dalam air terjun Llanraeadr di Wales pada ketinggian 150 kaki, Ahad lalu.

Kanak-kanak berumur tiga tahun itu bernasib baik apabila dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa berjaya ditarik keluar dari kaki air terjun itu oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di situ.

Phil Facey, pemilik restoran Pistyll Rhaeadr & Tearoom yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana masih hidup.

Malah ibu saudara kanak-kanak itu juga nyaris maut ketika cuba menyelamatkannya.

Namun wanita itu tersangkut pada dahan pokok yang berada pada ketinggian 25 kaki.

"Saya terdengar jeritan dan bergegas keluar serta terlihat seorang lelaki menarik keluar seorang budak dari kaki air terjun.

"Budak itu terjatuh ke dalam kaki air terjun sedalam dua meter. Ibu saudaranya cuba menyambarnya tetapi dia turut terjatuh dan tersangkut pada dahan pokok," kata Phil.

Air terjun Llanrhaedr dekat Llanrhaeadr-ym-Mochnant di Powys mempunyai ketinggian 240 kaki, salah satu air terjun tertinggi di UK dan 60 kaki lebih tinggi berbanding air terjun Niagara yang terletak di Utara Amerika.

Air terjun Llanraeadr, Wales

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mata dikorek guna sudu

Artikel Lain